Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berang ditegur jiran kerana sengaja memainkan ekzos motosikal dengan bising (rem), seorang lelaki bertindak merosakkan pagar rumah mangsa sehingga mengalami kerugian RM1,000. Foto hiasan Envato

Rosakkan pagar rumah jiran, berang ditegur ‘rem’ motosikal

BySuara Sarawak

KUCHING, 10 Mac: Berang ditegur jiran kerana sengaja memainkan ekzos motosikal dengan bising (rem), seorang lelaki bertindak merosakkan pagar rumah mangsa sehingga mengalami kerugian RM1,000.

Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila tertuduh Chai Wee Tong, 21, dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja merosakkan pagar rumah milik seorang wanita berusia 43 tahun hingga menyebabkan mangsa kerugian.

Dia melakukan kesalahan itu, di sebuah rumah di Taman Genesis, Jalan Matang-Batu Kawa, sekitar 2.30 petang, 28 Januari lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sekitar 3 petang, pengadu merupakan anak lelaki mangsa memberitahu ibunya bahawa pagar rumah mereka dirosakkan oleh jiran mereka.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 2 Februari lalu.

Hasil siasatan mendedahkan punca kejadian kerana tertuduh tidak berpuas hati kerana pengadu menegurnya supaya tidak membunyikan ekzos motosikal dengan kuat.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan