Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar hadir pada Sambutan Hari HASiL ke-29 di Cyberjaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Prestasi cemerlang kutipan LHDN cermin amalan integriti baik – PM Anwar

ByYusuf Shukri

CYBERJAYA, 10 Mac: Kerajaan yakin terhadap keupayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun mendatang berikutan prestasi cemerlang ditunjukkan pada 2024, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri turut memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya.

Prestasi cemerlang kutipan LHDN cermin amalan integriti baik | TVS

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga sangat kagum dengan prestasi LHDN sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Prestasi cemerlang kutipan LHDN mencerminkan tahap integriti yang tinggi dalam pelaksanaan sistem baharu. Integriti ini seperti kita berpuasa (kerana) menguji disiplin, kejujuran dan integriti.

“Sebab itu latihan disiplin dan integriti itu (perlu) diberi penekanan, bukan sahaja sekadar (menahan) makan dan minum tetapi integriti seseorang tidak kira sama ada petugas, penjawat awam atau yang memikul amanah dalam pelbagai bidang,” katanya

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari HASiL ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada 2024, kutipan cukai langsung Malaysia berjumlah RM184.805 bilion, menandakan peningkatan sebanyak RM1.465 bilion daripada RM183.34 bilion yang dikutip pada 2023.

Sementara itu Anwar mengulangi ketegasan yang kerajaan tidak akan memberi ruang kepada orang ramai terutama golongan maha kaya untuk terlepas tanggungjawab membayar cukai.

“Saya selalu berkata kepada menteri-menteri agar memberikan sokongan yang kuat (kepada LHDN) sehingga tidak ada yang merayu kepada saya (dari segi pelepasan cukai),” kata beliau.

Beliau berkata integriti yang dimiliki LHDN menjadi asas kepada kejayaan itu.

“(Bagi) hasil 2024, kita menyatakan kebanggaan dan mencatatkan kejayaan. Kita mempunyai integriti, malah juga menggunakan kaedah dan instrumen yang lebih canggih,” kata beliau.

Anwar berkata Malaysia merupakan antara negara yang menegaskan dasar transformasi digital dengan pelaksanaan e-Invois.

“e-Invois itu akan memperbaiki dan mengurangkan masalah serta ketirisan,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan