KUCHING, 10 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin dan Masyarakat di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Ketibaan Abang Johari pada kira-kira 6.45 petang tadi disambut tetamu kenamaan, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat.
Beliau turut berkongsi keindahan Ramadan bersama lebih 500 tetamu bagi mempererat ukhuwah dan perpaduan.
Sejurus berbuka, Abang Johari dan tetamu kenamaan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih bersama jemaah.
Dalam pada itu, Solat Isyak dan Tarawih dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal di Surau DUN Sarawak.
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. -TVS