Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki berusia anggaran 40-an ditemui terapung di Sungai Rajang berhampiran Kubu Emma, Kanowit hari ini. Foto JBPM

Mayat lelaki berusia 40-an ditemui terapung di Kanowit

BySafri Ali

KANOWIT, 10 Mac: Mayat seorang lelaki berusia anggaran 40-an ditemui terapung di Sungai Rajang berhampiran Kubu Emma di sini, hari ini.

Komander Operasi, Norman Matu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kęs itu jam 2.14 petang dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati mayat lelaki berpakaian lengkap terapung di permukaan air Sungai Rajang, identiti mayat telah dikenal pasti.

“Mayat tersebut adalah mangsa hilang yang dilaporkan di Balai Polis Song pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengambil masa sekitar tiga jam menggunakan sebuah bot penyelamat untuk mengambil mayat yang dihanyutkan arus ke tengah sungai tersebut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan