Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Sarawak (MAHSC) melantik semula John Teo dari Meritz Hotel sebagai pengerusi pada Mesyuarat Agung Tahunan 2025 yang berlangsung pada 5 Mac lepas.

MAHSC umum barisan jawatankuasa baharu

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 Mac: Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Sarawak (MAHSC) melantik semula John Teo dari Meritz Hotel sebagai Pengerusi pada Mesyuarat Agung Tahunan 2025 yang berlangsung pada 5 Mac lepas.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan pemimpin utama dan profesional dari industri hospitaliti bagi membincangkan hala tuju masa depan cawangan serta memilih jawatankuasa baharu bagi penggal 2025 – 2028.

Beliau akan disokong oleh Solo Cleophas (Merdeka Palace Hotel & Suites) dan Patrick Lau (The Waterfront Hotel) sebagai Naib Pengerusi, Olivia Ting (The Meritin Hotel) sebagai Setiausaha Kehormat dan Richard Wong (The Waterfront Hotel) sebagai Bendahari Kehormat.

Sementara itu, barisan ahli jawatankuasa baharu terdiri daripada Audry Wan Ullok (Telang Usan Hotel Kuching), Datin Rosemarie Wong (The Ranee Boutique Suites), Milen Satap (Tune Hotel Waterfront Kuching), Annie Lee Wei (Sentral View Hotel Bintulu), Grace Lau (RH Hotel Sibu) dan Rahim Bugo (Permai Rainforest Resort).

Jawatankuasa ini turut dibantu oleh Julie Tay dari The Limetree Hotel sebagai juruaudit.

Dalam satu kenyataan, Teo mengucapkan penghargaan kepada semua ahli yang menghadiri dan menyumbang kepada kejayaan mesyuarat tersebut.

“Dengan barisan kepimpinan yang baharu dan utuh ini, kami berharap dapat memperkukuh industri hospitaliti di Sarawak melalui kerjasama, inovasi dan inisiatif lestari,” katanya.

MAHSC komited untuk memajukan industri hospitaliti di Sarawak melalui sokongan, latihan dan kerjasama dengan pemegang taruh utama.

Persatuan ini turut berusaha untuk meningkatkan mutu hospitaliti di negeri ini, memastikan Sarawak kekal sebagai destinasi utama bagi pelancong seluruh dunia. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found