Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Foto Bernama

Lebih 10,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Mac: Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Anwar yang tiba di pekarangan masjid kira-kira 7 malam disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Majlis yang bermula 5.30 petang itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan 13 agensi hal ehwal agama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri, program berkenaan menjadi wadah terbaik untuk menyantuni golongan ilmuwan dan agamawan, masyarakat dan golongan asnaf di Ramadan, secara tidak langsung memupuk perasaan muhibah antara satu sama lain.

“Penganjuran program seperti ini adalah manifestasi nyata daripada ajaran Islam, yang mendorong umatnya untuk hidup dalam suasana penuh kasih sayang, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani, seterusnya tausiyah khas bertemakan ‘Ramadan Pemacu Ummah MADANI’ yang disampaikan Timbalan Mufti Negeri Pahang Datuk Badlishah Alauddin.

Pada majlis itu, Mohd Na’im turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 asnaf daripada Bukit Bakong, Sepang dan juga sumbangan kepada sembilan institusi pondok.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Presiden PPj Datuk Fadlun Mak Ujud. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan