Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 7.108kg yang dianggarkan bernilai RM244,340.00 di Kuching.

Kastam tumpaskan cubaan seludup 7.108kg ganja ke Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 10 Mac: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 7.108kg yang dianggarkan bernilai RM244,340.00 di Kuching.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, kejayaan tersebut adalah hasil operasi yang dilaksanakan oleh Cawangan Narkotik JKDM Sarawak dalam usaha berterusan membanteras jenayah penyeludupan dadah di wilayah ini.

Menurutnya, dalam serbuan pertama pada 3 Februari, kira-kira jam 10.30 pagi, sepasukan pegawai dari Cawangan Narkotik JKDM Sarawak merampas satu bungkusan mencurigakan di sebuah syarikat kurier di Jalan Song, Kuching dengan anggaran nilai yang dirampas sebanyak RM147,780.00.

“Pemeriksaan rapi dilakukan ke atas kotak bungkusan tersebut membawa kepada penemuan dadah berbahaya jenis ganja yang dibungkus dengan pembalut coklat, kerajang aluminium dan bungkusan plastik

“Jumlah keseluruhan dadah berbahaya jenis ganja yang dirampas dianggarkan seberat 4,926 gram dengan anggaran nilai sebanyak RM147,780.00,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam operasi berasingan katanya, kira-kira 10 minit kemudian di lokasi sama, pada jam 10:40 pagi, JKDM Sarawak berjaya merampas satu lagi bungkusan yang mengandungi dadah jenis ganja yang bernilai RM96,560.00.

Dalam kedua-dua kes tersebut, sindiket penyeludupan menggunakan taktik menghantar dadah melalui perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dengan mengikrar bungkusan sebagai merchandise bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Pemeriksaan rapi mendapati bungkusan itu mengandungi lima peket ganja dibungkus dengan pembalut coklat serta tiga peket lagi dibungkus dalam kerajang aluminium. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 2,182 gram dengan anggaran nilai RM96,560.00,” ujarnya.

Norizan menjelaskan, barang yang dirampas bagi kedua-dua kes juga disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, pesalah juga akan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

Justeru, JKDM Sarawak menyeru orang ramai untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah penyeludupan khususnya melibatkan dadah, rokok, minuman keras, mercun dan barangan lain yang menyalahi undang-undang.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau menghubungi mana-mana pejabat Kastam terdekat,” jelas Norizan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan