Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah IKBN Miri, Mohamad Mazlan Anis ketika berucap pada majlis penutupan Program Bootcamp Offshore Catering Crew di IKBN Miri, hari ini. Foto Muhammad Fauzi (TVS)

IKBN Miri anjur Program Bootcamp berorientasikan industri, sedia graduan berkemahiran tinggi

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 10 Mac: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri terus komited melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui program latihan berorientasikan industri yang bukan sahaja menyediakan latihan praktikal tetapi turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai situasi sebenar dalam industri.

Pengarah IKBN Miri, Mohamad Mazlan Anis berkata, program ini direka khusus untuk memenuhi keperluan industri masa kini dan telah memberikan manfaat besar kepada peserta.

“Program ini memastikan peserta mendapat pengalaman real time dan memahami situasi sebenar dalam industri. Selain sijil tamat latihan, peserta juga menerima tiga sijil tambahan yang menjadi nilai tambah kepada kebolehpasaran mereka selepas tamat kursus,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Bootcamp Offshore Catering Crew di IKBN Miri, hari ini.

Tambahnya, IKBN Miri sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk persatuan dan syarikat industri bagi memperluaskan peluang latihan kepada lebih ramai peserta di masa akan datang.

Beliau turut menekankan dua perkara utama yang perlu dipegang oleh setiap peserta apabila memasuki dunia pekerjaan, iaitu komitmen dan disiplin.

“Kedua-dua elemen ini akan menjadikan seseorang itu pekerja yang baik dan mampu pergi lebih jauh dalam kerjaya mereka,” katanya lagi.

Program bootcamp kali ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan 20 peserta, berbanding sesi sebelumnya yang hanya melibatkan 15 peserta dan sehingga kini sebanyak 65 graduan telah dilahirkan melalui empat siri program ini.

Tambah Mohamad Mazlan, para peserta bootcamp bertuah kerana berpeluang untuk terus bekerja dan memperoleh gaji yang setanding dengan kadar minimum yang telah ditetapkan.

“IKBN Miri juga menawarkan pelbagai kursus lain dalam bidang hospitaliti, automotif dan industri mekanikal, sebagai sebahagian daripada usaha untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang memenuhi permintaan pasaran,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan