Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Giliran Orang Ulu tuan rumah sambutan Gawai Dayak 2025

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 Mac: Komuniti Orang Ulu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tahun ini.

Pelantikan secara giliran itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Menurut satu kenyataan, Uggah yang juga pengerusi jawatankuasa induk sambutan berkenaan berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur.

“Beliau akan membentuk jawatankuasa kerja serta memberi cadangan tarikh bagi penganjuran pelbagai program yang akan diadakan.

“Inilah peluang bagi komuniti Orang Ulu untuk menampilkan budaya dan tradisi mereka yang kaya,” katanya.

Menyentuh mengenai sambutan tahun lalu yang dianjurkan oleh komuniti Bidayuh, Uggah menyifatkannya sebagai satu kejayaan besar.

“Kita menyaksikan pelbagai penambahbaikan dari tahun-tahun sebelumnya.

“Semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti Bidayuh, Iban dan Orang Ulu amat membanggakan dan membuktikan melalui perpaduan serta kerjasama erat, kita mampu mencapai kejayaan lebih besar.

“Saya berharap semangat ini akan terus dikekalkan, bukan hanya semasa sambutan Gawai Dayak malah dalam setiap perkara yang kita lakukan bersama pada masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee selaku pengerusi jawatankuasa kerja tahun lalu berkata, sebanyak lima program teras berjaya dilaksanakan.

Antara program termasuk Bazar Gawai Dayak, karnival, perarakan budaya, majlis makan malam Gawai peringkat negeri serta penerbitan risalah pelancongan Gawai dan buku meja kopi yang pertama kali dilakukan.

Pengajuran Bazar Gawai selama 11 hari itu turut menyaksikan penyertaan 174 gerai kraftangan, makanan tradisional Dayak dan pelbagai produk lain yang mencatatkan jualan sebanyak RM2.4 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan