Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan pinjaman. Foto arkib TVS.

Dewan Negara: Pertimbang kembali sekat perjalanan peminjam PTPTN ingkar bayar

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan bayaran.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jelas beliau, sekatan itu telah dimansuhkan sejak tujuh tahun lalu.

“Ada beberapa cadangan lain yang turut dipertimbangkan, termasuk kaedah pembayaran alternatif tanpa perlu mengenakan sekatan perjalanan.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam kajian dan kerajaan belum membuat keputusan sama ada akan melaksanakan sekatan ini atau tidak,” katanya pada Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Mustapha menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah peminjam PTPTN sehingga 2024 serta statistik peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan juga peminjam yang masih mempunyai tunggakan.

Mengulas lanjut beliau berkata setakat 31 Disember tahun lalu, seramai 383,637 peminjam iaitu kira-kira 13.55 peratus tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman.

“Daripada 4.1 juta permohonan pinjaman PTPTN yang telah diluluskan, seramai 2.8 juta peminjam telah sepatutnya mula membayar balik pinjaman mereka.

“Seramai 1,044,595 peminjam telah selesai membayar balik pinjaman, 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan tiada tunggakan bayaran manakala 817,872 peminjam membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan bayaran balik.

“Secara keseluruhannya, seramai 86.45 peratus peminjam telah pun mula membayar balik pinjaman mereka (walaupun dengan tunggakan) dan hanya 13.55 peratus peminjam sahaja yang belum pernah membayar balik pinjaman mereka,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa peminjam yang menghadapi kesukaran untuk melunaskan pinjaman agar berbincang dengan PTPTN bagi mencari penyelesaian terbaik. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan