Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan mengulangi jaminan bahawa pengambilan kuota pekerja asing tidak akan melebihi 15 peratus daripada guna tenaga dalam sektor kritikal tahun ini. Foto hiasan Envato

Dewan Negara: Kuota pekerja asing tidak lebih 15 peratus tahun ini

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan mengulangi jaminan bahawa pengambilan kuota pekerja asing tidak akan melebihi 15 peratus daripada guna tenaga dalam sektor kritikal tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia merupakan antara strategi kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan.

Jelas beliau, keputusan itu selari dengan prinsip mengutamakan penggajian pekerja tempatan dalam pasaran buruh sebelum sebarang kekosongan ditawarkan kepada pekerja asing.

“Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan dasar exit policy bagi penggajian pekerja asing dengan menyediakan pelan latihan kepada pekerja tempatan.

“Kerajaan turut menggalakkan penggunaan mekanisme Industrialised Building System (IBS) dalam sektor pembinaan, peralihan kepada intensif mekanisasi dan automasi, serta pengenalan konsep restoran layan diri bagi mengurangkan keperluan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu,” katanya pada Sesi Pertanyaan Lisan Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk C. Sivaraj yang ingin tahu pelan strategik kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor kritikal tanpa menjejaskan produktiviti dan daya saing negara.

Sivaraj juga ingin tahu jaminan kerajaan bahawa rakyat tempatan akan mendapat peluang pekerjaan dengan gaji yang berpatutan
tanpa eksploitasi majikan yang sering memilih buruh murahasing untuk mengurangkan kos operasi.

Dalam pada itu, Steven turut menegaskan bahawa kerajaan telah membekukan sebarang kuota baharu pengambilan pekerja asing sejak 2023 bagi memastikan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan.

“Namun, kita juga memahami bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rakyat tempatan enggan bekerja dalam bidang atau syarikat tertentu, antaranya kadar gaji yang tidak kompetitif serta suasana kerja yang kurang kondusif, termasuk aspek keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).

“Oleh itu, kementerian saya bukan sahaja bertanggungjawab dalam memberi kelulusan pengambilan pekerja asing tetapi juga berperanan membantu syarikat-syarikat melaksanakan dasar yang boleh menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk bekerja dengan mereka, termasuk program untuk menarik kembali bakat tempatan yang berada di luar negara,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada industri tertentu bagi permohonan pekerja asing berdasarkan keperluan khusus dan pertimbangan secara case-by-case basis.

“Pada hujung tahun lalu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran bagi permohonan pekerja asing berdasarkan keperluan tertentu.

“Namun, syarat yang ditetapkan adalah sangat ketat bagi memastikan keutamaan tetap diberikan kepada pekerja tempatan,” tegasnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan