Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni menjawab soalan berkenaan pelaksanaan Skim Pelanjutan Waktu Operasi (EH) di klinik kesihatan di Dewan Negara hari ini. Foto arkib Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: KKM bayar RM14 juta elaun skim pelanjutan waktu operasi

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan lebih RM14.39 juta bagi pembayaran elaun kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Pelanjutan Waktu Operasi (EH) di klinik kesihatan seluruh negara pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah perbelanjaan bagi skim itu meningkat berbanding RM11.59 juta pada 2023.

“Purata elaun yang dibayar kepada setiap staf dalam skim ini juga meningkat daripada RM2,323 sebulan pada 2023 kepada RM3,059 sebulan pada tahun ini,” katanya pada Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr. Lingeshwaran Arunasalam yang ingin tahu bilangan klinik kesihatan yang melaksana skim EH serta jumlah kehadiran pesakit mengikut tahun dan purata kehadiran harian untuk setiap fasiliti tersebut sejak program ini dimulakan.

Lingeshwaran juga ingin tahu jumlah dan purata elaun yang dibayar kepada setiap staf dalam skim ini pada tahun 2023 dan tahun 2024

Sementara itu Lukanisman memaklumkan, sebanyak 49 klinik kesihatan di seluruh negara melaksanakan skim EH, beroperasi bermul pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari bekerja.

“Pada Sabtu pula, EH bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang malah sejak awal tahun lepas, enam klinik kesihatan yang terlibat dalam rintis Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) diarahkan untuk beroperasi juga pada Ahad dan cuti umum,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sidang dewan sejumlah 592,966 kedatangan direkodkan dalam tempoh pelanjutan waktu operasi di 43 klinik kesihatan dengan anggaran kedatangan sehari antara 47 ke 50 orang pesakit.

“Manakala jumlah kedatangan pesakit ke enam klinik kesihatan pasca-STAR dalam tempoh pelanjutan waktu operasi pada tahun 2024 adalah 275,473 dengan anggaran kedatangan sehari antara 90 ke 120 orang pesakit,” dedah Lukanisman. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan