Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) mulai Isnin, sebagai tindak balas terhadap duti yang dikenakan ke atas barangan China.Foto Envato

China kenakan tarif tambahan ke atas import pertanian AS bermula Isnin

ByBernama

MOSCOW, 10 Mac: China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) mulai Isnin, sebagai tindak balas terhadap duti yang dikenakan ke atas barangan China.

Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, tarif tambahan sebanyak 15 peratus akan dikenakan ke atas daging ayam, gandum, jagung dan kapas.

Sementara itu, tarif ke atas sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, hasil perikanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu akan dinaikkan sebanyak 10 peratus.

Langkah itu susulan keputusan Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Februari lalu bagi mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China.

Bagaimanapun, Trump meminda perintah itu pada awal Mac dengan menggandakan tarif kepada 20 peratus, selepas menuduh Beijing gagal membendung aliran masuk dadah sintetik fentanyl ke AS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan