Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hakimi Roslan menyediakan menu viralnya, bubur safar dan pisang ijo kepada para pelanggan. Foto (TVS)

Bubur safar dan pisang hijau curi perhatian di Bazar Ramadan Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 10 Mac: Bubur safar dan pisang hijau semakin mendapat tempat di hati penduduk Miri, terutama ketika bulan Ramadan ini.

Mencipta kelainan, Hakimi Roslan mengolah sedikit resepi tradisional itu bagi memodenkan rasanya.

“Di kampung saya, makanan itu tradisi setiap bulan safar, sekali sahaja dalam setahun akan dibuat. Tapi saya memodenkan resipi asal yang dahulunya hanya dua warna – putih dan coklat – menjadi versi baharu dengan campuran warna yang lebih menarik,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Bukan sekadar bubur safar, mereka turut memperkenalkan pisang hijau, iaitu pencuci mulut yang berasal dari Makassar, Indonesia dan sering dinikmati di kalangan masyarakat Bugis.

Menurutnya, kombinasi kedua-dua hidangan unik ini mula mendapat perhatian selepas diperkenalkan di Bazar Ramadan, dua tahun yang lalu.

“Pertama kali saya berniaga di Bazar Ramadan tahun 2023, saya sebenarnya bukan jual bubur safar lagi. Saya bermula dengan selendang mayang, makanan popular dari Jakarta.

Tapi selepas bubur safar mula viral, saya tambah pisang hijau untuk mempelbagaikan menu,” tambahnya.

Hakimi turut berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang mengusahakan perniagaan tersebut, terutama dalam mendapatkan bahan mentah yang sukar diperoleh di Miri.

“Kalau bercakap mengenai cabaran, memang ada. Bahan seperti gula melaka dan daun suji memang susah nak cari di sini. Jadi saya terpaksa import dari Indonesia.

Selain itu, semua proses penyediaan dilakukan secara manual tanpa menggunakan mesin, terutamanya ketika permintaan meningkat sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, Hakimi berharap dapat mengekalkan kualiti hidangan mereka dan berimpian menjadikan bubur safar serta pisang hijau sebagai menu tetap di restoran sendiri suatu hari nanti.

“InsyaAllah, kalau satu hari nanti saya ada kedai makan sendiri, mungkin saya akan jadikan pencuci mulut ini sebagai menu tetap. Buat masa ini, kami hanya ada gerai di Bintang Mega Mall, menjual makanan minang seperti nasi padang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan