Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi. Foto hiasan Envato

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori

ByBernama

SEREMBAN, 10 Mac: Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh.

“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan