Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan, selaras komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan. Foto hiasan Envato

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan, selaras komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini 3,264 PPP masih lagi berstatus kontrak dengan 2,661 daripada mereka berada di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala selebihnya di institusi swasta.

“Jumlah perjawatan bagi PPP adalah 17,770 orang dengan 92 peratus atau 16,301 daripadanya sudah diisi dengan berbaki 1,469 kekosongan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan, di Hospital Tunku Azizah di sini hari ini.

Dzulkefly berkata usaha berterusan turut dilakukan kerajaan bagi memastikan kemahiran klinikal lebih 25,000 PPP seluruh negara terus diperkasa, relevan dan memenuhi keperluan sistem kesihatan negara, selain meningkatkan kapasiti latihan dan pengambilan tenaga baharu.

Beliau berkata KKM terus komited dalam menyokong latihan berterusan dan penambahbaikan kurikulum latihan PPP, selari dengan Pelan Pembangunan Profesion PPP 2016-2030.

Sementara itu, bagi meningkatkan tahap profesionalisme PPP, Dzulkefly berkata kementerian kini sedang memperkukuhkan pendaftaran Pembantu Pegawai Perubatan Pakar Teknikal (AMOTeX) sebagai platform kawal selia bagi memastikan PPP berkemahiran tinggi kekal berada dalam perkhidmatan kepakaran di bawah Kementerian Kesihatan.

“Pada masa sama, kementerian menyokong pewujudan perjawatan fleksi bagi PPP dalam bidang kepakaran bagi memastikan tenaga kerja lebih dinamik dan fleksibel mengikut keperluan semasa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan