Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan 26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di sini awal pagi Ahad. Foto PDRM

26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan di Bukit Bintang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Polis menahan 26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam operasi #KLStrikeForce bermula pukul 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi itu, wanita warga asing yang ditahan melibatkan lapan dari Uganda, Vietnam (3), Thailand (2) dan Tanzania (2), serta masing-masing seorang dari Indonesia, Nigeria dan Kenya.

“Wanita yang ditahan ini mengaku bekerja sebagai pelacur secara bebas atau freelance di sekitar kawasan itu, dan menyasarkan warga asing yang berhibur di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang sebagai pelanggan dengan mengenakan bayaran RM100 sekali langgan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi berkata dalam operasi yang turut disertai 35 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur itu, tujuh lelaki warga asing iaitu tiga Bangladesh dan masing-masing seorang Mesir, Amerika Syarikat, Singapura dan Nepal. Seorang warga tempatan turut ditahan.

“Lelaki berkenaan dipercayai sama ada pelanggan atau penjaga premis.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan