Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand. Foto media sosial

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok – Polis

ByBernama

KOTA BHARU, 8 Mac: Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand akan diperketat susulan kejadian itu.

“Semua ketua balai polis dan Pasukan Gerakan Am telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan di kawasan berisiko tinggi, khususnya pangkalan haram dengan pemantauan 24 jam,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, dan beberapa tembakan telah dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 7.10 malam.

Penyerang dikatakan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melemparkan lima bom tangan ke arah pos kawalan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Pasukan keselamatan kini menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian, dan orang ramai dinasihatkan mengelak laluan terjejas.

Sejak awal Ramadan, pihak berkuasa di Sungai Golok telah memperketat langkah keselamatan susulan peningkatan risiko serangan di kawasan sempadan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan