Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menghadiri Majlis Agihan Bubur Lambuk KJM N7 Samariang, di Surau Darul Amin, Kampung Samariang Jaya Fasa 2. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan Persekutuan dan Sarawak – TPM

KUCHING, 9 Mac: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perbincangan itu melibatkan peraturan-peraturan yang akan digubal bagi mengelakkan pertindihan, selain memastikan semua perkara yang memerlukan kerjasama dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Cuma apa yang perlu diharmonikan sekarang ini ialah bagaimana undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri itu dapat diharmonikan, supaya apa saja pertindihan ataupun perkara yang memerlukan kerjasama, dapat diharmonikan melalui peraturan dan sebagainya.

“Itu yang akan dibincangkan sebab dalam penyimpanan karbon (merujuk kepada Sarawak) ini, sudah pasti ia melibatkan kerjasama di antara Persekutuan dan negeri (perkara yang melibatkan elemen lintas sempadan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra di Surau Darul Al Amin, Kampung Samariang Jaya di sini,hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air berkata Rang Undang-Undang (RUU) pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang telah diluluskan baru-baru ini, hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“CCUS ini tidak melibatkan Sabah dan Sarawak, di mana Sarawak telah mempunyai undang-undangnya sendiri, yang mengatur aspek-aspek berkaitan dengan teknologi dan pengurusan karbon,” katanya.

Khamis lepas, Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan RUU CCUS 2025 untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekonomi negara.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Terdahulu ketika menggulungkan RUU berkenaan, Rafizi berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan perbelanjaan untuk fasiliti CCUS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan