Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Edwin menyampaikan cek sumbangan kepada Tuai Rumah Nyawai.

Pusat Hemodialisis Selangau bakal beroperasi Jun ini

BySuara Sarawak

SELANGAU, 9 Mac: Penduduk Selangau akan menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik apabila Pusat Hemodialisis di Klinik Kesihatan Selangau dijangka beroperasi pada bulan Jun ini.

Pembukaan pusat ini akan memberi kelegaan kepada pesakit buah pinggang yang selama ini terpaksa berulang-alik ke Sibu atau Mukah untuk menjalani rawatan.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, berkata penubuhan pusat ini adalah hasil lawatannya ke Klinik Kesihatan Selangau awal tahun lalu, di mana beliau telah mengutarakan keperluan mendesak untuk pusat dialisis kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan khususnya YB Lukanisman atas perhatian serius terhadap keperluan rakyat Selangau. Dengan adanya pusat ini, pesakit dialisis tidak lagi perlu menanggung kos perjalanan yang tinggi ke Sibu atau Mukah untuk rawatan. Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan wang, tetapi juga meningkatkan akses kepada rawatan kesihatan yang lebih cekap dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran di Rumah Nyawai Radin, Sungai Duan, Balingian, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Edwin menyampaikan cek sumbangan RM16,000 kepada mangsa kebakaran, sementara pengerusi Kelab Belia Proaktif Lubok Bukut, Dr. Jawing Chunggat, menyerahkan bantuan bakul makanan.

Untuk rekod, kebakaran yang berlaku pada 18 Februari lalu telah memusnahkan 70 hingga 80 peratus struktur Rumah Nyawai, melibatkan lima daripada lapan pintu rumah panjang tersebut.

Selesai majlis penyerahan sumbangan, Ahli Parlimen Selangau itu meneruskan lawatan ke Rumah Petrous Ambun di Lubok Bukut untuk bertemu pemimpin masyarakat bagi membincangkan isu semasa dan keperluan penduduk di kawasan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan