Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam. Foto Media sosial

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat

ByBernama

KUCHING, 9 Mac: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima aduan oleh orang awam mengenai kejadian di rumah ibadat itu pada 6.50 petang semalam.

“Lelaki yang berusia 25 tahun itu telah masuk dari pintu utama gereja menggunakan kereta sambil memainkan muzik dengan kuat serta memegang sebotol minuman keras.

“Lelaki tersebut juga secara tiba-tiba bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat lalu membaling botol dan keluar dari gereja dalam keadaan marah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, ahli keluarga suspek telah tampil memberi kenyataan dan menunjukkan dokumen menyatakan lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Sentosa.

“Ahli keluarga turut memaklumkan suspek dikhuatiri tidak mengambil ubat yang telah dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Semalam, insiden berkenaan tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang awam.

Mohd Farhan turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ang Mei Cin di talian 010-7039818. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan