Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif penggunaan aplikasi Jejak Asnaf semakin memudahkan proses mengenal pasti golongan yang memerlukan, sekali gus mempercepatkan agihan bantuan kepada mereka yang layak.

Percepatkan proses agihan bantuan

ByLuqman Muhammad

SIBU, 9 Mac: Inisiatif penggunaan aplikasi Jejak Asnaf semakin memudahkan proses mengenal pasti golongan yang memerlukan, sekali gus mempercepatkan agihan bantuan kepada mereka yang layak.

Pengurus Besar Tabung Baitumal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie pengurusan aplikasi tersebut, tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk memastikan kerja membantu asnaf menjadi tanggungjawab bersama masyarakat.

“Apabila kita mula melaksanakan aplikasi Jejak Asnaf, matlamat kita adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan memerlukan terjamin, dengan pendekatan yang lebih sistematik dan menyeluruh,” katanya ketika ditemui TVS.

Menurut Abang Mohd Shibli, aplikasi ini telah melalui beberapa fasa penambahbaikan, bermula dengan versi saty kemudian versi dua dan kini versi tiga yang lebih lengkap dan komprehensif.

Namun beliau mengakui masih terdapat segelintir masyarakat yang enggan menggunakan aplikasi ini atas pelbagai faktor.

“Kami menggunakan aplikasi ini bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk memudahkan urusan mengenal pasti asnaf yang memerlukan bantuan. Aplikasi ini ibarat pegawai Baitulmal yang bergerak secara digital.”tambahnya.

Katanya lagi, pengguna hanya perlu menjawab beberapa soalan dalam aplikasi untuk melancarkan proses permohonan bantuan.

“Maklumat yang diperoleh membolehkan pihak berwajib mengenal pasti keperluan pemohon dengan lebih cepat dan mengurangkan kerenah birokrasi.

“Alhamdulillah, dengan adanya aplikasi ini, masyarakat kini lebih memahami cara menyalurkan bantuan secara rasmi tanpa perlu memviralkan kes.” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan