Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Rahman ketika ditemui pada Program Iftar Perdana di Tebingan Kuching 2025 di sini, semalam. Foto Suara Sarawak

Pengusaha makanan patuh garis panduan sijil halal di Sarawak

BySuara Sarawak

KUCHING, 9 Mac: Tiada sebarang aduan diterima setakat ini, berhubung pelanggaran terhadap larangan premis makanan dan hotel yang tidak memiliki sijil halal menggunakan istilah Ramadan dalam penjualan produk mereka, tegas Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuniskasi (Utiliti) itu berkata, perkara ini menunjukkan bahawa pengusaha berkenaan mematuhi garis panduan atau pekeliling yang telah dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) kira-kira dua minggu sebelum Ramadan.

“Alhamdulillah, setakat ini pengusaha makanan sama ada secara terbuka, di kedai bahkan hotel mematuhi peraturan tersebut dengan sangat baik.

“Kita juga belum menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pada Program Iftar Perdana di Tebingan Kuching 2025 di Square Tower, Tebingan Kuching, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa hanya premis yang mempunyai sijil halal diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja boleh menamakan dan menggunakan istilah Ramadan termasuk dengan penawaran bufet Ramadan.

“Perkara tersebut penting kerana, kita mahu mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama sekali umat Islam,” ujarnya.

Untuk rekod, arahan tersebut juga telah dikeluarkan menerusi pekeliling oleh MIS sekali gus dikuatkuasakan setiap tahun.

Abdul Rahman pada Oktober tahun lalu juga menyatakan, setakat itu sebanyak 896 premis di Sarawak telah mendapat pengiktirafan sijil halal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan