KUCHING, 9 Mac: Bilangan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Limbang dan Trusan meningkat setakat jam 8 pagi hari ini, sejak dilanda banjir semalam.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), mangsa-mangsa terbabit ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang iaitu seramai 119 mangsa daripada 37 Ketua Isi Rumah (KIR).
Selain itu PPS SJKC Chung Hwa, Trusan (16 KIR, 36 mangsa) dan PPS SK Lintang Trusan, Trusan (7 KIR, 31 mangsa).
Bagaimanapun, mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Trusan, Lawas menurun dengan kini seramai 100 orang daripada 21 KIR.
Sementara itu, dua PPS turut dibuka bagi menempatkan mangsa tanah runtuh iaitu PPS Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu (10 KIR, 43 mangsa) dan PPS Dewan Kampung Sukan, Miri (12 KIR, 46 mangsa). -TVS