Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar mengagihkan bubur pedas kepada orang ramai di hadapan Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak, semalam.

Kongsi rezeki dengan agihan bubur pedas di Jepak

BySuara Sarawak

BINTULU, 9 Mac: Sempena bulan Ramadan ini, Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Jepak mengambil peluang berkongsi rezeki dengan orang ramai menerusi Program Agihan Bubur Lambuk dan Bubur Pedas.

Sebanyak 600 pek bubur pedas diagihkan kepada pengguna jalan raya di hadapan Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak, semalam.

Agihan disampaikan ADUN Jepak Iskandar Turkee dengan ditemani Ketua Pergerakan Wanita PBB Jepak Noriha Ali dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Jepak Frankey Sibat.

Program yang diadakan sempena bulan Ramadan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Iskandar menyifatkan program seperti ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara komuniti, tetapi juga mencerminkan semangat kerjasama yang kuat di kawasan Jepak.

“Hari ini kita dapat lihat bagaimana Ketua Pemuda daripada PUSAKA, saudara Frankey, turut sama berganding bahu bersama Wanita PBB dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan peniaga bazar Ramadan agar sentiasa menjaga kebersihan demi keselamatan pengunjung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan