Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meluangkan masa menyantuni masyarakat di Bazar Ramadan Sukma Ria hari ini. Foto TVS

Fadillah santuni masyarakat di Sukma Ria

ByAdlina Rahman

KUCHING, 9 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini meluangkan masa menyantuni masyarakat di Bazar Ramadan Sukma Ria.

Beliau tiba sekitar jam 4:45 petang dan menghabiskan kira-kira 20 minit melawat gerai peniaga serta beramah mesra dengan pengunjung yang hadir untuk membeli juadah berbuka puasa.

Turut mengiringi beliau ialah Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

Dalam kunjungan itu, Fadillah turut menerima cenderamata daripada pihak penganjur bazar sebagai tanda penghargaan.

Selain itu, pada hari sama, beliau turut mengagihkan sebanyak 400 pek bubur lambuk kepada orang ramai pada Majlis Agihan Bubur Lambuk di Kampung Samariang Jaya Fasa 2. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan