Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat. Foto Media sosial

Dua sukarelawan maut, lapan cedera dalam serangan di Narathiwat

ByBernama

NARATHIWAT, 9 Mac: Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt. Kol. Pol. Nitti Suksang, mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas.

“Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga cedera parah dan lima cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Menurut Nitti, kesemua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif dan suspek yang terlibat dalam serangan itu, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan