Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Djokovic berjabat tangan di jaring selepas kekalahannya dalam tiga set menentang Zandschulp dalam perlawanan pusingan kedua di Indian Wells Tennis Garden. Foto AFP

Djokovic tersingkir di Indian Wells kepada pemain “Lucky loser”

ByBernama

INDIAN WELLS (Amerika Syarikat), 9 Mac: Novak Djokovic tersingkir daripada ATP 1000 Indian Wells Masters pada Sabtu, mengalami kekalahan mengejut 6-2, 3-6, 6-1 kepada pemain Belanda Botic van de Zandschulp pada pusingan kedua, lapor Xinhua.

Juara Grand Slam 24 kali itu hanya memenangi 63 peratus mata pada servis pertamanya manakala pesaingnya yang menduduki ranking ke-85 itu menukar lima daripada lapan “break point” untuk menang dalam masa lebih dua jam.

Ia adalah kali kedua dalam beberapa tahun Djokovic telah dikalahkan oleh seorang yang kalah bertuah di padang pasir California. Tahun lalu, pemain Serbia berusia 37 tahun itu tumbang pada pusingan ketiga kepada pemain kelayakan Itali, Luca Nardi.

“Saya bermula dengan sangat baik, dan sudah tentu Novak kembali,” kata Van De Zandschulp, yang mendapat tempat dalam kejohanan itu selepas penarikan pemain Argentina Facundo Diaz Acosta.

“Akhirnya dan pada set ketiga saya gembira untuk mendapatkan kembali tahap saya.”

Djokovic melakukan 14 kesilapan sendiri dan dipatahkan servis sebanyak dua kali dalam set pertama, namun bangkit pada set kedua dengan mendahului 3-0, sebelum menyamakan kedudukan menerusi pukulan “forehand” kemenangan yang menjadi identitinya.

Tetapi, Van de Zandschulp sekali lagi mematahkan servis Djokovic dalam set penentuan dan memastikan kemenangan selepas memaksa lawannya melakukan kesilapan sendiri pada mata penamat.

Dalam hari penuh kejutan, pilihan ketujuh Andrey Rublev tewas 6-4, 7-5 kepada pemain Itali Matteo Arnaldi dan pilihan ke-17 Felix Auger-Aliassime tewas kepada pemain Amerika Jenson Brooksby 6-4, 6-2.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan