Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman menyerahkan sumbangan ihsan Ramadan kepada salah seorang penerima. Foto TVS

Bubur lambuk simbol perpaduan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 9 Mac: Program pengagihan bubur lambuk dilihat sebagai platform terbaik mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana program tersebut dijalanlan secara bergotong-royong dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita buat program seperti ini secara beramai-ramai dan mengikut tradisi secara bergotong-royong.

“Program ini dapat merapatkan solaturahim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agihan Bubur Lambuk KJM BGS di Kampung Sourabaya Hilir, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, generasi muda perlu mewarisi amalan murni seperti bergotong-royong bagi memudahkan mereka menjayakan sesuatu program atau aktiviti.

“Buatlah aktiviti secara bersama agar apa yang dirancang mudah dilaksanakan,” ujarnya.

Turut diadakan sumbangan ihsan Ramadan kepada 20 penerima melibatkan Kampung Boyan, Gersik, Sourabaya Ulu dan Sourabaya Hilir.

Hadir sama Penghulu BGS Jaafar Abong dan Pengerusi KJM BGS Mohd Hasfa Saleh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan