Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita mengalami kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.Foto Bernama

Wanita parah dihempap lantai restoran yang runtuh

ByBernama

KOTA KINABALU, 8 Mac: Seorang wanita mengalami kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dua jentera bomba bersama 13 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8 malam.

“Wanita berumur 51 tahun itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari in.

Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan berkenaan atas faktor keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada 9.38 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan