KUCHING, 8 Mac: Meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada golongan hawa di seluruh dunia terutamanya di Sarawak.
“Saya dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di seluruh dunia, khususnya di Sarawak,” ucap beliau.
Ucapan itu dibariskan beliau menerusi satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.
“Wanita adalah tiang seri keluarga, pemacu kemajuan, dan sumber kekuatan masyarakat.
“Keupayaan mereka dalam mendidik, memimpin, serta menyumbang dalam pelbagai lapangan kehidupan menjadikan dunia ini lebih sejahtera dan bermakna,” catat hantaran berkenaan.
Selain itu, Tun Dr Wan Junaidi juga menyifatkan setiap usaha, pengorbanan, dan kecekalan golongan itu harus terus dihargai dan diberikan sokongan yang sewajarnya.
“Semoga wanita terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, diberikan peluang yang adil, serta terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua,” ujar hantaraan berkenaan.