Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi. Foto ihsan orang awam

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai

ByBernama

CHUKAI, 8 Mac: Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Mohamad Hanif Che Khalid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.55 pagi sebelum 25 anggota dan beberapa jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, api sedang marak di bahagian depan dan ruang parkir beberapa unit rumah teres berkenaan. Bomba mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengawal api daripada merebak menggunakan dua aliran hos, pancuran air tangki jentera serta pili bomba berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Hanif berkata kejadian itu mengakibatkan setiap unit rumah mengalami kebakaran antara lima hingga 85 peratus, selain seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan akibat cedera di tangan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan