Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika sidang media Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto TVS

Tiada kes keracunan makanan di Sarawak setakat ini – Lukanisman

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 Mac: Pemantauan harian akan terus dijalankan oleh pegawai penguatkuasa sepanjang Ramadan bagi memastikan kepatuhan peniaga terhadap peraturan keselamatan makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, setakat ini tiada kes keracunan makanan dilaporkan di Sarawak.

“Namun fasiliti kesihatan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Walkabout dan Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Mengenai penyediaan makanan berasaskan “home-based”, beliau menekankan kepentingan kebersihan dan keperluan menghadiri kursus penyediaan makanan walaupun tidak diwajibkan.

“Selepas pandemik COVID-19, semakin ramai individu terlibat dalam perniagaan makanan dari rumah. Walaupun dasar home-based sedang dikemas kini, aspek kebersihan tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, kempen penguatkuasaan kawalan rokok juga akan terus dipantau, termasuk di kawasan bazar Ramadan bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

“Buat masa ini, kita lebih kepada tindakan berbentuk amaran dan pendidikan. Namun, pemantauan tetap dijalankan dan tindakan lebih tegas akan diambil sekiranya perlu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan