Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

STATOB perkukuh kerjasama strategik Sarawak, Brunei dalam pelbagai sektor

BySheera Abg Mansor

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac: Kerjasama Sarawak dan negara Brunei Darussalam tidak hanya terhad kepada pelancongan tetapi turut merangkumi pelbagai sektor strategik seperti tenaga, pertanian komersial termasuk penanaman padi, akuakultur dan penternakan lembu serta kerbau, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Perkara berkenaan dinyatakan Timbalan Premier Sarawak itu semasa mengadakan lawatan ke Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) di Bandar Seri Begawan, di sini bagi meninjau perkembangan pejabat tersebut dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua negara.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan pengurusan STATOB dalam merangka program-program yang efektif bagi mencapai matlamat penubuhannya, sekaligus memastikan manfaat maksimum dapat diperoleh dalam usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua pihak.

STATOB yang dilancarkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tahun lepas berperanan sebagai platform utama dalam menjalin hubungan erat antara Sarawak dan Brunei, serta membuka peluang perniagaan baharu yang memberi manfaat kepada sektor-sektor utama.

Pejabat ini juga berfungsi sebagai penghubung dalam meneroka potensi ekonomi yang lebih luas bagi kepentingan bersama.

Lawatan terbabit turut disertai Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dzolkarnain Masron, Penasihat Mintred, Datuk Seri Naroden Majais serta Ketua Pegawai Eksekutif STATOB, Samat Junai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan