Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap kepada media di Majlis Pelancaran Pembinaan Rumah Mampu Milik Skim Pembesaran Kampung (SPK) Trusan, Lawas hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Sarawak akan bina loji air baharu di Lawas

BySalasiah Safian

LAWAS, 8 Mac: Sarawak merancang untuk membina loji air baharu di Lawas, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, ia akan menggunakan sumber air dari Sungai Lawas Damit dan bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti bekalan air di kawasan sekitar.

“Jadi kita cadang nak buat loji air di Sungai Lawas Damit. Dan kalau ini terlaksana, peruntukan sudah diterima dan pihak JBALB akan menjadi agensi pelaksanaan dan mereka sudah membuat kajian teknikal dan Insya-Allah jika tiada ada apa-apa halangan boleh dimulakan projek ini dalam tahun ini.

“Ini akan dapat membekalkan ke kawasan kawasan lebih lebih lagi di kawasan di antara Long Tuma hingga ke SMK Merapok itu dan seterusnya untuk kita memperluaskan lagi bekalan air melalui sistem retikulasi selari dengan perkembangan Sabah Sarawak link road. Dan jika ia feasible untuk kita nak buat, sambung menggunakan sistem retikulasi kita bercadang untuk menyambungnya terus ke Kampung Long Sukang dan kampung kampung berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Pelancaran Pembinaan Rumah Mampu Milik Skim Pembesaran Kampung (SPK) Trusan, Lawas hari ini.

Jelas beliau, buat masa ini loji air di Trusan menjadi sumber utama untuk bekalan air di sekitar Lawas.

Peruntukan untuk projek ini katanya adalah sekitar ratusan juta ringgit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan