Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Beting Maro Rizaili Gapor (tengah) bersama peserta penerima Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin di PSN Beladin hari ini. Foto: Jazni Hanif (TVS)

PSN Beladin beri kemudahan, sinar kepada golongan nelayan

ByIzzah Kamilah Yunus

BELADIN, 8 Mac: Penempatan Baharu Nelayan (PSN) Beladin memberikan sinar kepada golongan nelayan di kawasan Beladin.

Nelayan Kampung Beladin Ajit Onga menyatakan kegembiraannya untuk memiliki rumah sendiri pada usia 44 tahun.

“Saya sangat gembira, kerana pada usia 44 tahun, saya masih belum mampu memiliki rumah sendiri dan dengan adanya peruntukan seperti ini, saya amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua agensi yang terlibat dalam memberikan bantuan ini,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Penyerahan Rumah di bawah Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin di PSN Beladin di sini, hari ini.

Katanya, penempatan baharu ini secara tidak langsung mengubah hidup dan memberi kemudahan kepada kehidupan sehariannya sekali gus menjalankan pekerjaan hakikinya sebagai nelayan termasuk keselesaan untuk berehat.

Turut senada dengannya, Pemilik Bot Kampung Beladin Mahidi Putit, 57, PSN yang ditempatkan kepadanya memberikan kemudahan dari segi kawasan yang luas tanpa perlu risau memikirkan tempat letak kereta.

Dari kiri: Mahidi Putit dan Ajit Onga bersyukur dengan penempatan baharu yang diperuntukkan kepada mereka. Foto Jazni Hanif (TVS)

“Saya sangat gembira dengan penempatan baru ini, yang lebih memuaskan berbanding tempat asal saya sebelum ini kerana di tempat asal, jika ingin mengira kemudahan seperti tempat parkir kereta, ia sangat sukar kerana tidak ada ruang langsung.

“Di sini, kami juga dapat menjalankan aktiviti lain seperti proses ikan, yang memberikan lebih banyak kemudahan,” katanya.

Tambahnya, penempatan ini memang memberikan kemudahan kepadanya kerana pada masa akan datang, pihak berkenaan akan membina jeti berdekatan dengan penempatan ini.

“Ini akan memudahkan saya sebagai pemilik port, kerana dengan adanya jeti yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) saya dapat mengembangkan lagi operasi saya dan meningkatkan kapasiti port yang saya miliki,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar surau dan taska boleh dibangunkan di PSN Beladin ini terutamanya dalam memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja.

Untuk rekod, sebanyak 68 unit rumah telah siap dibina di kawasan Pusat Pertubuhan Desa (RGC) Beladin, Bahagian Betong dengan peruntukan berjumlah RM6.8 juta.

Ia terdiri daripada 58 orang dari Kampung Beladin, 5 orang dari Kampung Semarang, dan seorang dari Penempatan Baru Kalok. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found