Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

PM mahu lebih ramai wanita tampil dalam politik

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Penyertaan golongan wanita harus ditingkatkan lagi dalam bidang politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian susulan hanya 14 peratus wakil wanita sebagai wakil rakyat berbanding sasaran 30 peratus oleh kerajaan yang tidak dicapai sehingga kini.

“Dalam bidang politik, penyertaan wanita itu menyeluruh dengan kemenangan calon bergantung kepada undi wanita, tetapi penyertaan wanita sebagai calon atau Ahli Parlimen masih tidak mencapai sasaran.

“Saya lihat perlu ada gesaan untuk wanita menyuarakan kepada pimpinan parti mereka bahawa, sebagai syarat untuk memperoleh sokongan wanita, perlu ada peningkatan penyertaan daripada tokoh wanita.

“Selepas itu, barulah pemimpin parti akan memberikan perhatian yang lebih dalam penyertaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Sambutan Hari Wanita, Anwar meminta agar ruang dan peluang diberikan secukupnya untuk keterlibatan golongan wanita dalam semua aspek pembangunan negara.

Anwar menegaskan, perkara itu wajar dititikberatkan, memandangkan terdapat kekurangan penyertaan golongan wanita termasuk pada peringkat pembuat dasar.

“Setiap kementerian yang membincangkan perpaduan perlu ada peranan wanita. Kena ada komunikasi dan mesti beri ruang yang secukupnya kepada wanita dalam kalangan penjawat awam, walaupun kita lihat ada beberapa figura yang telah diberikan ruang itu.

“Saya gesa Ketua Setiausaha Negara supaya mencari jalan meningkatkan peranan dan kedudukan wanita setimpal dengan keupayaan mereka,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan