Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telahmenyerbu sebuah kilang haram yang dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Foto Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM(FB)

PGA Ulu Kinta rampas e-waste bernilai lebih RM100 juta di Pulau Pinang

ByBernama

IPOH, 8 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta menahan tiga individu termasuk dua warga Myammar di sebuah kilang di Simpang Ampat, Pulau Pinang tiga hari lepas, yang dipercayai menjalankan aktiviti kitar semula sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen dengan nilai rampasan RM106.7 juta.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut telah beroperasi tanpa sebarang lesen mahupun surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta menggajikan dua pekerja warga asing termasuk seorang wanita yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Beliau berkata antara yang dirampas adalah sisa e-wasta yang dianggar bernilai RM60.5 juta, bijih besi kira-kira RM2.5 juta, pelbagai mesin sekitar RM43 juta, serta jentera berkaitan yang dianggarkan RM750,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bersama Seksyen 18 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan