Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pada Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Sempena Ramadan Al-Mubarak 1446H/2025M, di Kompleks Sukan Satok, di Kuching, hari ini. Foto Ezzany Yusuf (TVS)

PETROS kemuka surat kepada PETRONAS, perhalusi perincian kerjasama

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Mac: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sedang giat berbincang bagi  kedua-dua pihak meneliti perincian lanjut mengenai aspek pentadbiran dan komersial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Fadillah, PETROS telah mengemukakan surat kepada PETRONAS untuk membincangkan butiran lanjut berkaitan pelaksanaan kerjasama ini.

Namun, menurutnya, keputusan akhir masih menunggu maklum balas daripada pihak PETRONAS.

“Perincian tersebut diharap akan dapat dipersetujui antara kedua-dua pihak. Jika tiada persetujuan dicapai, barulah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan meneliti semua perincian.

“Buat masa ini, biarlah PETROS dan PETRONAS menguruskan segala perincian, termasuklah aspek komersial serta bagaimana untuk menyelaraskan kedua-dua undang-undang yang berkaitan perkara itu agar dapat berfungsi bersama, melibatkan bahagian pentadbiran dan perincian yang perlu diselesaikan oleh PETROS dan PETRONAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Sempena Ramadan Al-Mubarak 1446H/2025M, di Kompleks Sukan Satok, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah memberitahu, PETROS dilaporkan telah menghantar surat kepada PETRONAS dalam minggu ini sebagai langkah awal untuk merangka hala tuju bersama dalam industri minyak dan gas di Sarawak.

Tambahnya lagi, perkembangan lanjut mengenai perbincangan berkenaan dijangka diumumkan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai butiran perjanjian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PETRONAS dan PETROS dijangka akan bekerjasama rapi dalam pelbagai bidang berkaitan susulan pengiktirafan terhadap Ordinan Pengagihan Gas (GDO) (Pindaan) 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan