Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar China Wang Yi. Foto Fail AFP

Menteri luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama

ByBernama

BEIJING, 8 Mac: China bersedia bekerjasama dengan negara ASEAN untuk mempertingkatkan komunikasi, mengelak gangguan dan mencapai kesepakatan bagi memuktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) lebih awal, bagi menjadikan kawasan itu sebagai laut yang aman, didukungi dengan persahabatan dan kerjasama, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat.

Beliau berkata hasil usaha bersama China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Menurut Wang, China dan Indonesia telah menandatangani dokumen antara kerajaan mengenai pembangunan bersama maritim, manakala China dan Malaysia telah melancarkan dialog dua hala mengenai pengurusan isu maritim.

China juga telah mewujudkan mekanisme dialog maritim dengan semua negara berkepentingan, katanya pada sidang media di luar sesi tahunan badan perundangan negara itu.

“Ini membuktikan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui dialog dan tiada matlamat yang tidak boleh dicapai dengan kerjasama,” katanya.

Bagi mencapai kejiranan baik serta keamanan dan keselamatan berpanjangan di Laut China Selatan, beliau menegaskan keperluan kepada kepercayaan dan peraturan, dengan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan pembangunan COC yang kukuh sebagai kuncinya.

Dengan pemudah cara oleh China, rundingan mengenai COC semakin dipercepatkan dan bacaan ketiga teksnya telah selesai.

“Kami yakin sepenuhnya dengan prospek pemuktamadan COC,” kata Wang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan