Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia. Foto fail Bernama

Masters Orleans: Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah lebih jauh di Masters Orleans, Perancis tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Ireland, Nhat Nguyen pada peringkat suku akhir awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Palais des Sports, Nguyen hanya memerlukan 39 minit untuk mencatat kemenangan 23-21, 21-7 ke atas Zii Jia, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan.

Kemenangan itu membolehkan Nguyen memecahkan rekod tanpa kemenangan dalam tiga pertemuan terdahulu dengan Zii Jia. Pemain Ireland itu kini bakal berdepan wakil tuan rumah, Alex Lanier, di separuh akhir hari ini.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan pertama yang disertai Zii Jia musim ini selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika Jelajah Dunia BWF, Disember lepas.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan selepas menundukkan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Poh Hsuan, 21-19, 21-18.

Mereka kini bersedia menghadapi cabaran getir menentang pilihan utama kejohanan, Liang Wei Keng-Wang Chang, buat kali pertama di separuh akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan