Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
riged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas makanan sejuk beku bernilai lebih RM2.3 juta. Foto PGA Sarawak

Makanan sejuk beku RM2.3 juta dirampas

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

BINTULU, 8 Mac: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas makanan sejuk beku bernilai lebih RM2.3 juta dalam satu operasi berterusan yang dikenali sebagai Op Taring Chiller.

Kejayaan tersebut hasil satu serbuan yang dijalankan oleh Pasukan Cawangan Risik Batalion 12 PGA Miri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bintulu pada Jumaat.

Serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di Daerah Bintulu yang dipercayai digunakan untuk menyimpan produk makanan sejuk beku tanpa permit sah.

Komander Briged Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Dr Che Ghazali Che Awang berkata, serbuan tersebut menyaksikan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan.

“Sebanyak 27,131.80 kilogram produk makanan sejuk beku pelbagai jenis dirampas. Dua kontena dan tujuh  kenderaan pelbagai jenis turut dirampas dalam operasi ini.

“Berdasarkan anggaran harga pasaran, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM2,326,524.00.

“Semua tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Cawangan Bintulu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 9(1)(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak dilancarkan pada 1 Januari hingga 7 Mac 2025, Op Taring oleh Briged Sarawak PGA mencatatkan kejayaan besar dengan rampasan keseluruhan bernilai mencecah RM161 juta.

Selain itu, sebanyak 66 kes direkodkan yang melibatkan 165 orang tangkapan terdiri daripada 120 warga tempatan dan 45 warga asing serta sebanyak 81 kenderaan juga dirampas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan