Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut, SAri Aman petang tadi. Foto JBPM

Lelaki maut motosikal ditunggang terbabas dalam parit

BySafri Ali

SRI AMAN, 8 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Mohd Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.59 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati motosikal ditunggang mangsa Daud Pantau,57, kemalangan kendiri dan terbabas ke dalam parit.

“Pihak bomba membuat size up dan menggunakan PPE yang lengkap mengangkat mangsa kemalangan ke atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah disahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan