Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada Khamis, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul semasa latihan. Foto AFP

Korea Selatan isytihar Pocheon sebagai zon bencana

ByBernama

SEJONG, 8 Mac: Sebuah kampung di utara Korea Selatan yang secara tidak sengaja dibom oleh jet pejuang negara itu akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana khas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pemangku Presiden merangkap Menteri Kewangan Choi Sang-mok pada Sabtu mengarahkan pegawai supaya “segera mengisytiharkan kawasan Pocheon, yang mengalami kerosakan besar akibat pengeboman tidak disengajakan oleh Tentera Udara, sebagai kawasan bencana khas bagi memastikan pemulihan segera dan sokongan kepada penduduk.”

Pada Khamis, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul semasa latihan. Kejadian itu mengakibatkan 29 orang cedera, termasuk 15 orang awam serta merosakkan beberapa bangunan.

Pengisytiharan rasmi dijangka dibuat lewat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan