Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Guru wanita rugi RM226,400 jadi mangsa ‘phone scam’

ByBernama

KUANTAN, 8 Mac: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM226,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon (phone scam) November lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ia bermula apabila wanita berumur 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC), mendakwa kononnya wanita itu terlibat dalam sindiket penipuan.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai pegawai polis, dan wanita itu diarahkan membuat pemindahan wang, kononnya bagi tujuan siasatan Bank Negara Malaysia.

“Dalam tempoh 4 Dis hingga 16 Dis lepas, wanita itu telah membuat 21 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun berbeza sehingga dia mengalami kerugian sebanyak RM226,400. Ia merupakan wang simpanan wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan