Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Melaka hampir pulih. Foto Jabatan Kerja Raya Melaka (Facebook)

Banjir di Melaka hampir pulih

ByBernama

MELAKA, 8 Mac: Banjir yang melanda Melaka sejak Khamis kini hampir pulih, dengan hanya sembilan mangsa daripada tiga keluarga masih berada di pusat pemindahan setakat 8 pagi ini, berbanding 32 orang daripada 11 keluarga pada 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin.

“Satu lagi PPS, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga, telah ditutup pada 10.40 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua daerah di negeri itu, Melaka Tengah dan Jasin, dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak pukul 11 malam Rabu, menyebabkan kira-kira 37 kawasan dinaiki air.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan