Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman dilaporkan hilang di sekitar Jalan Peel sejak 25 Feb lepas. Foto Negeri Sembilan Football Club

Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan hilang sejak 25 Feb

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman dilaporkan hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial hari ini berkongsi poster memaklumkan kehilangan Nur Khalisya, yang berusia 16 tahun, dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Feb.

Beliau berkata remaja itu kali terakhir dilihat memakai baju-T sukan sekolah berwarna biru dan seluar track berwarna hitam.

“Ibu remaja itu yang membuat laporan polis pada 11.29 malam, 25 Feb memaklumkan telah menghantar anaknya ke sekolah pada 7 pagi dan kemudiannya pada 4 petang telah datang semula ke sekolah untuk mengambil anaknya pulang kerana anaknya telah memaklumkan perlu menghadiri kelas tarian.

“Bagaimanapun, setelah menunggu hampir 40 minit anaknya tidak ada dan pengawal keselamatan sekolah juga memaklumkan tiada pelajar berada di sekolah pada waktu itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Lazim berkata ibu remaja itu telah menghubungi rakan sekelas anaknya dan dimaklumkan bahawa anaknya telah pulang ke rumah sendirian dengan berjalan kaki pada 5 petang dari kawasan Taman Permainan PPR Laksamana Jalan Peel, namun sehingga laporan polis dibuat remaja itu masih belum dijumpai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-9281 0715 atau mana-mana balai polis berhampiran.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan