Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika perasmian Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto TVS

97 kompaun dikeluarkan di Miri, pemantauan berterusan di Bazar Ramadan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 Mac: Sebanyak 97 kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 hasil pemantauan di 197 premis penyediaan makanan di sekitar Miri.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kesalahan yang dikenal pasti melibatkan pemakaian aksesori berlebihan, rambut tidak diikat dengan betul, penggunaan apron yang tidak bersesuaian, serta pakaian yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.

“Saya difahamkan terdapat 113 gerai berdaftar di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri dan 526 gerai di seluruh Miri. Para peniaga telah menjalani latihan penyediaan makanan serta menerima suntikan tifoid sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Walkabout dan Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Tambahnya, kebanyakan pengusaha sudah menggunakan apron, sarung tangan dan mengikuti garis panduan keselamatan makanan yang ditetapkan.

“Kempen Hidu, Lihat dan Rasa, turut diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran pengguna dalam memastikan makanan yang dibeli selamat untuk dimakan,” katanya lagi.

Dalam usaha mempercepatkan tindakan terhadap aduan berkaitan keselamatan makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan talian WhatsApp 012-8484378 sebagai alternatif kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

“Menerusi talian ini, pengguna boleh membuat aduan secara langsung dan mendapatkan respons lebih pantas berbanding menggunakan SISPA yang mungkin mengambil masa lebih lama,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan