SIMUNJAN, 8 Mac: Sejumlah 50 buah keluarga dalam kalangan asnaf di Simunjan menerima sumbangan keperluan asas daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Samarahan, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata kesemua penerima merupakan penduduk di kawasan Zon 4 Rangawan.
Menurutnya selain menyerahkan pek sumbangan terbabit penduduk di sini turut menerima sumbangan bubur lambuk sempena Ramadan kali ini.
“Saya turut menyampaikan sumbangan sebanyak 200 bungkus bubur lambuk kepada warga Simunjan,” katanya pada program Ziarah Ramadan berbuka puasa di Masjid Darul Rahman, Kampung Rangawan, di sini.
Awla dalam pada itu berharap sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para penerima.