Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi banjir di Beaufort Sabah. Foto Nasi Lemak Maharaja(FB)

418 mangsa dipindahkan di Beaufort, Membakut mula dilanda banjir

ByBernama

KOTA KINABALU, 8 Mac: Seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi ini, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

“Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, daerah Membakut dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.

“PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan